Friday, September 11, 2009

RAMADHAN KU

Hampir sebulan aku berpuasa
Manahan lapar dan dahaga
Bicara yang perlu di jaga
Juga pandangan mata
Kerana ini ada lah perintah Nya
Supaya bersama kita merasa
Kemiskinan mereka yang tidak berada
Semuga insaf lah hendaknya

Tak akan aku bertahan
Melakukan ini semua
Tanpa didikan dan bimbingan
Ayah ibu yang tercinta
Walau getir hidup mereka
Perintah agama tetap di jaga

Ayah ibu yang tercinta
Kau adalah cahaya
Menerangi kegelapan
Kau adalah pendita
Membentuk keperibadian
Hidupku, kau sempurnakan

Ayah ibu yang tercinta
Satiap kali Ramadhan tiba
Ketiadaan mu amat terasa
Sahur ataupun berbuka
Ketiadaan mu amat ketara
Sebak rasanya di dada
Teringat ayah dan ibu yang tiada
Maka berbuka lah
Dengan adik dan keluarga
Tapi wajah mu tetap di ruang mata

Ayah dan ibu
Kesyahduan Ramadhan akan berlalu
Keriangan Shawal semua menunggu
Tapi yang pasti bagi ku
Ramadhan dan Shawal ku tak sa indah dulu
Kerana ayah dan ibu tiada di sisi ku
Maaf ku pohon,
Tanpa kau, siapa lah aku

1 comment:

SRohana said...

Memang betul, the malam Raya and pagi Raya mood has totally vanished from our home for the last three Syawal. It's very sad... especially when the takbir is on the air.

Rgds, SRohana